Katering sudah tidak asing lagi bukan sahaja kepada rakyuat Malaysia, malah rakyat di seluruh dunia. Katering merupakan sebuah syarikat ataupun penubuhan yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan seperti penyewaan kanopi ( khemah ), majlis santapan atau jamuan, majlis perkahwinan dan lain-lain lagi. Biasanya perkhidmatan ini ditempah melalui laman sesawang atau pun melalui telefon. Perkhidmatan katering ini akan mengikut citarasa pelanggan.
Terdapat pelbagai syarikat katering di dalam Malaysia dan mereka memiliki pelbagai jenis perkhidmatan yang berbeza. Ada syarikat yang menyediakan pakej makanan ala-ala barat, ada yang menyediakan pakej makanan timur dan ada pula yang menyediakan pakej makanan gaya arab. Setiap pakej mempunyai harga tersendiri. Seperti biasa, pakej yang high class akan mengenakan harga ataupun bayaran yang tinggi.